Friday, June 8, 2012

Mimpi

Dah lama aku x menulis dekat teratak ni ..
Sunyi dia tanpa post2 baru ..
Tergerak hati aku nak menconteng kat teratak hari ni ..
Sbb ada cite yg aku nk cite kat satu dunia..(wah3x)
Mcm la ramai sngt yg baca blog aku ni kan ..

Disuatu petang , tengh2 syok aku duk relex2 tnggu nak balik keja dh ni ..
Tiba pop-up satu chat msk .. ingat p.we mn la tegur aku ..
Rupa2 adik masa aku sekolah menegah dulu ..
Dah lama gak la xchat ngn dia ..

Lepas abis bertanya psl kbr masing2 ..
Dia bukak satu cite ..
Dia cakap dah beberapa kali aku dtg dlm mimpi dia ..
Ada yg dia mimpi aku dtg kat dia dlm keadan menagis .
Dan ada jugak aku dtg cakap jgn lupa solat malam sambil menangis ..

Aku masih terpikir2 apa maksud tersirat dalam mimpi tue ..
Adakah maksud mimpi tue sebaliknya ??
Sebagai peringatan untuk aku .. :'( ..

Thursday, January 19, 2012

perlukah aku ???

Terpikir sebelum tidur semalam ..
"setiap hari umur aku dah makin meningkat,dan semakin dekat aku dengan mati (mati itu pasti)
tp bnyak benda yg aku terfikir nak buat tp x buat 2 lg ,
sbg contoh g travel (tp duit x cukup lg), beli keta ( lesen pn x de lg , kuang2)
get married (yg 2 x leh ckp la sbb x jumpa the One lg, harap2 tahun ni la ye ),
dan yg paling penting aku nak buat "BERUBAH" ..

ape yg aku nak ubah sebenarnya ni ..hidup sekarg dah ok ape ??
1. ade keje yg stabil (siap blh tulis blog lg waktu keje ,hehe)
2. tempat tinggl yg best ( dekat ngn train )
3. kawan2 yg ada waktu aku susah dan senang

ya btl !!! hidup aku terlalu selesa tp dalaman aku kosong 'illek',
ape aku nak jawab dalam kubur nanti klu di tanya Malaikat Siapakah Tuhanmu
tp ada keraguan lg dlm diri ini , dan ditanya Siapakah Nabi kamu
tp sunnah2 NABI x pernahpn di baca ..aku sedih ..
aku harus kembali kepadaNya ..

 Doaku
Ya Allah aku dahagakan ilmumu ,
bantulah aku ke jalan itu ,
aku terlalu cintakan dunia ,
padamkanlah dunia itu dari hati ku ,
hatiku terlalu mudah untuk berubah,
tetapkanlah hatiku,
amin-amin Ya Raball alamin...

Friday, January 13, 2012

Nikmat Sabar

Cerita kat bawah ni aku pernah dengar waktu kat matric uia dl ..
klu x slp aku org yg alami benda ni  pn senior aku kat Uia tp aku x knl pn dia
sama2 la kita kita hayati kisah ni.....



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani…
 Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dr seorang
 insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. melalui mimpi hari
 Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006.
 Nama yg dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud ‘kesayanganku’, jua
 gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama
 itu, ayah beliau mengharapkan mudah2an suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah
 seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w.

Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya.
 Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam
 kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau
 mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari
 beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi’ dgn ustaz di sebelah rumahnya.

Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini.
 Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih setahun yg lalu.
 Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya,
 tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah
 sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut
 dari kerongkongnya. Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu.
Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat
berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg.

Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu’ 2 hingga 3 kali sehari.
Wudhu’ itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari.Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagaipendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri. Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama’ yg faqih dalam ilmu perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.

Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu’ dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu’, beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit yg mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, “Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah s.a.w. sendiri..”

Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan
di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat2nya telah pun ‘forward message’ pd rakan2
yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka
telah sedia dgn nombor2 ahli keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin Allah. Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik.

Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah..indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2, siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja.

Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, “Assalamu’alaikum, ana Rasulullah..” Subhanallah..baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut. Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi
katakan “Enti fil masjidi” (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi)..

Allahuakbar!

Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta’ ala; “InnaAllahama’ assobirin”(sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar). Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam.
Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dgn penuh kesempurnaan.
Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp diterjemahkan di sini) ; “Ya Syamimi, dengan
berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran
yg enti pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana..” Ketika
Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya “Ya Allah..Baginda kenal
ummatnya!”. Ya Rasulullah… Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah,
memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.

Kemudian Nabi katakan lagi; “Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam.
InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti..” Nabi s.a.w. kemudian melafazkan;
“Ummati.. ummati..ummati…” dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu.
Beberapa titisan airmata Baginda yg suci mengalir utk ummat Baginda! Kemudian
Baginda Nabi melangkah pergi. Beliau merintih, “Jangan pergi Ya Rasulullah..” tetapi
Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg
mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti,
apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda
sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua’lam…

Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh
rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya “Jangan pergi Ya
Rasululah…” Beliau kemudian menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya
sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yg mendengar
menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada
Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa
hanya syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak.

Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah Alhamdulillah utk di
rafa’kan pada Allah atas ni’mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa
tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg
lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr
Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya
terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di
tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini.

Usai solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan
sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam
pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan,
namun pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. “Apa sangatlah sakit yg
aku tanggung ini berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi
s.a.w..”Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan “Ya Allah, apa lagi yg
hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu YaAllah…”

Kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau.Salah seorang daripadanya mengatakan; “Assalamu’alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa’ ar-rasyidin.Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin ‘affan dan Ali..”Subhanallah..Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg mulia.Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg cantik sekali dan Saidina ‘Ali yg agak kecil orangnya.

Para Sahabat mengatakan; “Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti..”
Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud:
“Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan
Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka
mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri
Babylon iaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada
seseorang sebelum mengatakan ‘sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab
itu janganlah kafir.’ Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang
(dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat
mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari
sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh,
mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan
mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka
yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu..”

Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2 yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar. Subhanallah..waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan; “Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar..” Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya.Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan alhamduliLlah..dgn mudahbeliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. “Ya Allah, penyakit ana dah sembuh..” Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu’. Dengan tubuh yang ‘baru’, beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. “Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau berikan..”

Beliau berpesan pada kami; “Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia.Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar…”

Kisah di atas adalah copy&paste dri org , kesahihan x dpt disahkan 100% tp pengajarn dri kisah ni amat bermakna ..SABAR...

sedang melatih diri ini untuk lebih bersabar..kalau x dpt bersabar tue aku ckp dlm diri ..bp lama sngt la hidup kat dunia jika nak dibandingkan dengn akhirat yg kekal abadi ;-)

Thursday, December 1, 2011

Cik Pah Kawin

Alhamdulillah dah selasai dah majlis kawin Saripah
majlis yg paling aku tunggu2 .hehe
akad nikah dia wat malam jumaat ..
aku ambk cuti ari jumaat jd blh la tngk Haris dgn terketar2 akad nikah ..
walaupun terketar tp sekali je la ..huhuhu
cantik cek pah bila make up (x make up pn cnti gak )...
ni masa kat rumah pempuan tema warna kelabu ..
majlis kat rumah laki wat keesokan hariya ..tema warna merah ...
kat tepi tue best2 friend cek pah (sori la najwa ngn umi gambr x nmpk sngt )..
my wish for u , selamat melayari hidup berumah tangga, moga kekal hingga akhir hayat ,
cepat2 dapat baby ...hehe

Tuesday, November 22, 2011

Take Back Your Heart

Tngh2 x de keje ni blh la aku meng'update blog ,
org lain duk relex2 nak gk aku rasa relex2 ..hehe
erm tajuk take back your heart ni sbnrbya tajuk journal Yasmin Mogahed tulis ..
aku suka baca ape yg dia tulis, ada makna tersirat and sebagai motivasi tuk diri aku ni..
kadang2 aku ada masalah ke aku baca ape yg dia tulis ..
boleh gk la menghilangkan stress di opis..hehehe

dalam take back your heart ni , dia tulis psl manusia yg lalai (mcm aku )
kita lalai sampikan terlupa langsung pada siapa kita sebenarnya ..
aku pn x reti sngt nak wat summary ni ..hehe
klu sapa yg berminat bc la take back your heart
sharing is caring ..

Monday, November 14, 2011

Coretan Seorang Teman

I have been calling to write this entry
for some reasons i had to write in english
even my english a bit 'ting-tong'
hope reader can understand what i'm try to tell ..

First of all , i thank Allah for what i have ..
the journey that i take from 1 day in this world until now ..
Allah is the best planner ..i have a great life ..
even sometimes i feel down but He give me my friend and family ...

My friend..
i know u have been through very DIFFICULT life ..
Allah tested u because He know you can face it ..
don't u remembered what our teacher had told us..
He give us problem because He love us ..
He want us to keep turning back to Him ...
coz He is the best helper ..

My friend ...
even u have changed a lot ..
i don't want u to changed anymore ..(ENOUGH)
yesterday u r part of my life ..
i dont to loose u anymore ..
today and forever I LOVE U  ..
(PULANGLAH )

Friday, May 6, 2011

New Update

Ya Allah dah bersarang dah blog aku ni ...dah lama x dijenguk blog aku ni ..
syukur Alhamdulillah ada lg blog aku ..ingatkan dah kena delete ..hehe

Skrg ni life aku as a student dah berahkir...
tanggl 4/5/2011 ari 2 aku dpt result , 
maka dgn itu abis la sengsara aku as a student ..kui,kui,kui
result aku ok la ..x de la gempaq sngt ..
2 la result bila org study tp aku tngk movie
korg byagkan waktu org duk syok2 study 2 aku blh abiskan 3 drama korea 
haha, melampau ke x aku ni ..apa pn let bygone bygone..

Thanz to all the lecturers yg mengajar aku ..
aku hargai sngt2 ..
roomate, roomate sebelah,member2 aku yg x segan silu bagi semangat 
thanz u all ..
ma n abah yg bagi semangt tuk belajar ..love both of u ...

Now aku duk tanam aggur la 
x thu la rezeki aku kat mana ...
hopefully dlm 2,3 mggu ni dpt la keje ..blh la kumpul duit ..
'nak wat apa ngn duit tu shahida'dlm kepala otak aku berfikir
hati kecil aku menjawab 'apalagi kumpul nak kawin la'..haha

sampi kat sini dulu lah update aku ...
lain x klu ada mood update lg ..bye2